About

Bagi penulis yang mahu upgrade skill kepada Search Engine Optimization ( SEO ) , iaitu menjadi penulis artikel SEO. Inilah kelas yang tepat untuk anda sertai. Kelas Basic SEO adalah satu-satunya kelas yang dilakukan secara 2 hala menerusi atas talian menerusi platform Zoom Meeting.

Umum mengetahui bahawa, prospek tidak lagi mencari artikel tanpa keyword bagi website mereka untuk tujuan perniagaan. Jadi, dikesempatan ini, apa kata anda mahirkan pula diri dengan mencari kata kunci atau research keyword. Bagaimana mahu buat research artikel pesaing seperti penggunaan tajuk dan isi kandungan artikel SEO. Dan, apakah teknik yang sepatutnya digunakan untuk intai artikel-artikel sedia ada di SERPs ( Search Engine Result Pages ) .

Pengajar

Saya Nor Azlina Mohd Ali, selaku tenaga pengajar akan bongkarkan kepada pelajar strategi yang sebenar untuk jadikan artikel mesra SEO ( onpage SEO ) . Serta mudah artikel anda ditemui di Google. Dalam kelas silibus terdiri dari teori, teknikal dan praktikal.

Selain menjadi pengajar Kelas Basic SEO, saya turut mengambil upah menulis artikel website pelanggan. Jadi, dengan ilmu dan study case yang saya miliki inilah akan menjadi garis panduan di dalam kelas tersebut.

Misi penubuhan Kelas Online SEO

Tujuan utamanya adalah mahu membantu pelajar dalam dunia penulisan artikel SEO. Tidak ramai penulis yang menulis dalam struktur yang tepat. Selain itu sebagai penulis artikel SEO, anda diwajibkan selaku para pelajar konsisten menulis artikel SEO.

Dengan berikut, setiap penulisan di website yang saya berikan akses kepada para pelajar boleh dijadikan sebagai latihan dan contoh penulisan untuk prospek mereka.

Tanggungjawab menjadi seorang penulis artikel SEO tidak habis dengan menulis artikel pelanggan sahaja.

Malah, mendapatkan hasil daripada penulisan tersebut iaitu artikel ranking atau pun tidak. Itulah sebenarnya.

Visi Kelas Basic SEO

Visi kelas Basic SEO adalah untuk melahirkan lebih ramai penulis artikel SEO Expert di bawah bimbingan Kelas Online SEO .

Seterusnya, saya akan adakan lebih banyak kelas secara atas talian berkaitan penulisan artikel.

Kesimpulan

Secara kesimpulannya mengenai kami di Kelas Online SEO adalah menyeru orang ramai terutamanya penulis artikel untuk majukan diri kepada penulis artikel SEO. Yang mana, permintaan terhadap penulisan artikel SEO semakin meluas sejak tahun 2020 serta mendapat perhatian di kalangan pemilik-pemilik website. Sama ada perniagaan kecil, sederhana mahupun besar.