
Disyorkan kepada mereka yang tidak mempunyai asas menulis artikel, anda boleh buat Blogspot. Pelajari dahulu dalam Kelas Branding Diri di Google melalui platform Blogspot. Kelas ini sesuai bagi mereka yang mahu menjadi penulis artikel. Tidak rugi jika anda sertai kelas ini dahulu, kerana saya sendiri juga bermula dengan menulis di Blogspot sebelum mahir dalam Search Engine Optimization ( SEO ) . Dalam modul kelas, anda akan pelajari buat blog, cara Branding diri di Google, pelajari 6 jenis artikel yang memikat bakal pelanggan, Strategi menulis artikel mengikut format, dan menulis sehingga artikel berjaya disiarkan.
Buat Blogspot adalah kaedah mahirkan menulis
Mengapa anda perlu pelajari Blogspot?
Oleh sebab anda adalah pemula penulis, makanya platform Blogspot adalah pilihan yang tepat dan berkesan. Anda boleh buat Blogspot.
Ianya mudah diakses. Tidak menggelirukan pengguna yang baru berjinak dalam menulis konten artikel yang panjang. Sebagai contoh seperti menulis novel , diari mahupun pengalaman mereka di Blog.
Ketahui Cara buat blog sendiri
Mengapa buat Blogspot dan bukan WordPress?
Salah satunya adalah, Blogspot tidak seperti WordPress. Kerana Blogspot terus boleh menulis dan ianya PERCUMA jika menggunakan Blogspot.com .
Walaupun ianya akaun Blogspot, akaun anda masih boleh digunakan untuk siaran artikel. Tanpa membeli domain berbayar. Dan, anda juga boleh membeli domain jika serius mahu menjadi penulis di Blog serta serius mahu branding diri di Google.
Mengapa Blogspot mesti jadi pilihan?
Blogspot tidak menggunakan Plugin seperti WordPress.
Paparan jelas untuk menulis seperti di microsoft word. Jadi, semua orang mahir menggunakan Blogspot.
Bagaimana mahu tahu pembaca di Blog?
Hanya di Blogspot, anda selaku pemiliknya akan tahu berapa jumlah pembaca pada dashboard. Bukan itu sahaja, anda turut mengetahui jumlah pembaca merangkumi keseluruhan pelawat di Blogspot. Pembaca bulanan, kata kunci, dan link artikel yang di klik melalui carian di Google.
Apakah yang buatkan pemilik Blogspot teruja?
Pastinya anda akan teruja, apabila melihat angka pembaca semakin meningkat pada setiap posting artikel di tulis. Sedikit sebanyak anda teruja untuk berkongsi lebih pengalaman di Blog. Sudah tentu dapat memupuk minat menulis, seterusnya penulisan anda akan bertambah baik dari semasa ke semasa.
Apakah hasil menulis di Blogspot?
Anda konsisten menulis artikel. Kekerapan menulis mungkin setiap hari, mingguan atau pun menulis secara bulanan. Gaya penulisan anda bertambah baik dan anda
Secara tidak langsung, anda semakin kreatif menulis dalam pelbagai jenis artikel seperti dalam Kelas Branding diri di Google. Gaya penulisan anda bertambah baik dan anda mampu menguruskan masa dengan baik bagi menyiapkan 1 artikel.
Selain itu, masalah stress dan kemurungan juga dapat dikurangkan melalui penulisan. Dengan kaedah meluahkan rasa yang terpendam, dan berkongsi pengalaman hidup anda kepada umum sebagai panduan pembaca yang turut mempunyai masalah sama. Justeru, dengan buat Blogspot anda konsisten menulis, seterusnya dapat Branding Diri di Google. Kerana ia platform yang mudah digunakan.
Adakah kesan jangka panjang lain apabila menulis artikel di Blogspot?
Sudah pastinya ada! kemungkinan besar, bakal pelanggan menawarkan anda dengan penulisan di blog melalui Advertorial, Sponsored Post, Link Placement dan Review di Blog. Pastikan blog anda aktif!
Jom sertai sekarang. Antara silibus kelas seperti Langkah demi langkah belajar menulis di platform Blogspot, Formula bagaimana mereka mahu naikkan branding diri sebagai penulis atau Freelancer , belajar menulis artikel mengikut format betul, dan pelajari 6 jenis artikel yang mampu memikat bakal pelanggan.
Baca maklumat lanjut mengenai kelas .