isu-pembelajaran-atas-talian

 Isu pembelajaran atas talian tidak pernah terlepas. Bukan sahaja permasalahan antara  pelajar sekolah dan guru-guru sahaja. Malah, saya selaku pengajar atas talian turut sama terjejas. Selaku pengajar Kelas Basic SEO untuk penulis pemula . Seringkali saya menghadapinya, berkenaan isu teknikal. Ini lah cabaran saya selaku individu yang mengajar secara atas talian. 

Apakah jenis aplikasi untuk jayakan Kelas atas talian?

Kelas atas talian boleh dilakuan melalui aplikasi Zoom Meeting dan Google Meet. Jika mahukan yang percuma, anda boleh gunakan Google Meet. Manakala, Zoom Meeting berbayar jika mahukan rakaman. Dengan bayaran bulanan sebanyak RM 60.41 

Apakah Isu Pembelajaran Atas Talian yang sering terjadi kepada pengajar?

1. Liputan internet 


Bagi kelancaran sesi pembelajaran atas talian, anda dinasihatkan berada di lokasi yang mempunyai liputan internet yang baik. 

2. Sound 

Sebelum pembelajaran bermula, pastikan anda telah membuat sound check sehari sebelum kelas, dan sebaiknya pada hari kelas berlangsung 1 atau 2 jam kelas bermula. Tujuannya bagi memastikan suara jelas didengari sewaktu sesi berlangsung. 

3.  Video 

Pastikan kualiti video yang jelas semasa sesi pembelajaran. Pelajar mahu melihat wajah pengajar . Jika laptop anda kameranya tidak jelas, wajar gunakan kamera sokongan lain agar tiada isu pembelajaran atas talian timbul. 

4. Pencahayaan 

Paling penting, sebenarnya pencahayaan  semasa sesi kelas atas talian berlangsung. Sebolehnya gunakan pencahayaan yang baik. Gunakan Ring Light, atau tambahan lampu semasa sesi pembelajaran atas talian . Jadi, tidak akan timbul isu pembelajaran atas talian bahawa video gelap. 

5. Slide 

Mahu kelas berjalan dengan lancar? Pengajar perlu membuat slide atau  nota. Silibus  ini yang penting sewaktu kelas berlangsung, agar anda tidak akan ketandusan idea untuk bercakap serta tersusun.  
Anda juga boleh memberikan kepada pelajar tersebut, agar pelajar juga boleh bersedia sebelum kelas berlangsung. 

Berikut merupakan isu pembelajaran atas talian yang sering dialami oleh pengajar sewaktu sesi berlangsung. 

Behind the scene Kelas Basic SEO

Adegan kejar mengejar

Berlainan pula dengan kisah saya sewaktu pembelajaran atas talian. Gangguan daripada anak-anak. Masing-masing sibuk bergaduh di tepi laptop saya sewaktu kelas. Mujurlah ketika kejadian, kelas hampir ke penghujung. 

Sempat saya take 5 dan menutup kamera dan audio. Seterusnya, adegan kejar mengejar dengan anak-anak berlaku. Bagi sedas hanger 4 orang anak, terus senyap sudah tidak mengacau lagi saya. 

Nampak gayanya, anak-anak perlu di hantar ke rumah neneknya jika ada kelas saya lagi nanti.


Recording Ghaib


Kisah seterusnya, recording sesi kelas tersebut tidak masuk record. Entah di mana silapnya. Walhal, ketika itu sewaktu sesi kelas selama 3 jam saya dan moderator record. Penyelesaian kepada masalah tersebut, saya perlu lakukan rakaman secara berasingan. 

Memang nak menangis lah sekejap. Kenapa saya berkata begitu? kerana waktu saya untuk lakukan kelas hanya pada hujung minggu sahaja, dan hari bekerja saya siapkan artikel-artikel SEO klien.

Apa yang berlaku sudah ditakdirkan begitu ya tak? tambahan pula, ini kali pertama saya lakukan kelas bekerjasama dengan Unseen Writer. Sebelum ini, kelas saya kendalikan secara perseorangan dan tidak mempunyai rakaman.

Nasib baik berlaku hari ke-2 sahaja, maka saya perlu lakukan kelas rakaman selama 3 jam dan dipecahkan kepada masa yang pendek pada setiap video. 

Kelas terakhir pada tahun 2023 kali ini, turut dibuka kepada kaum lelaki dan secara berkumpulan iaitu 5 orang untuk satu sesi. Sebelum ini kelas saya hanya fokus kepada wanita. Kini, semua jantina saya terima bagi mereka yang berminat untuk menambah kemahiran sebagai penulis artikel SEO ( Search Engine Optimization ) . 

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, isu pembelajaran atas talian yang sering menganggu pengajar dapat diatasi dengan baik jika anda sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan berlaku seperti liputan internet yang tidak lancar, audio suara pengajar, video yang jelas, pencahayaan dan ketiadaan  slide atau nota. Dengan persediaan yang lengkap, akan menjadikan kelas anda lancar dan berkualiti. 

About Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *