5 sebab mengapa penulis perlu belajar blog dan wajib memilikinya setiap seorang. Platform mudah Blogspot ini wajib dimiliki oleh setiap penulis, sekiranya anda seorang penulis yang serius dalam industri penulisan. Blogspot adalah platform mudah yang boleh digunakan oleh sesiapa sahaja dari usia remaja sehingga dewasa kini.
Table Of Contents
Berdosakah jika penulis tidak memiliki sebuah blog
Tidak berdosa pun. Tetapi di mata pelanggan, ia sangat pelik. Bagaimana individu yang bergelar penulis tidak memiliki blog, walaupun satu? sedangkan penggunaan blogspot turut tidak diketahui oleh seorang penulis. Tidakkah ia janggal dan bagaimana mahu bina kepercayaan terhadap bakal pelanggan?
Lebih parah lagi, sering saya mendapat pertanyaan daripada rakan penulis.
- Bagaimana mahu mendapatkan peluang menulis sebagai seorang penulis?
- Boleh tak kongsikan kepada saya sebahagian job puan kepada saya?
- Bagaimana puan dapatkan job sebagai penulis artikel?
Mengapa penulis perlu belajar blog?
- Latihan menulis
Sifat seorang penulis adalah rajin melakukan latihan menulis. Sudah tentulah penulisan di Blogspot. Kerana menulis di platform Blogspot, anda akan terbiasa menulis dengan cerita panjang. Mungkin artikel bermula dari 600 patah perkataan atau sehingga 3000 patah perkataan bagi 1 siaran artikel di Blogspot.
Ada segelintir pelanggan perseorangan mengupah saya untuk update status di Blogspot mereka. Jadi, sila biasakan menulis di blog.
2. Menulis pelbagai
Apabila memiliki sebuah blog. Saya pasti anda akan menulis lebih dari 1 jenis penulisan sahaja, malah pelbagai genre. Saya percaya!
3. Melakar pengalaman
Begitu juga dengan saya. Permulaan belajar blog, saya juga tidak terlepas dari melakar pengalaman hidup saya bersama keluarga dan kerjaya. Semuanya ditulis supaya kenangan tersebut tidak hilang di ingatan. Apabila saya mendapat rentak menulis di Blogspot, saya terus menukarnya jenis penulisan di website pula.
4. Portfolio
Umum tahu, apabila membina portfolio sepatutnya ia ditulis dengan baik melalui satu kertas dan mempunyai lebih kurang 5 hingga 10 muka surat. Tetapi, tahukah kalian hanya menulis di Blogspot juga boleh menjadikan sebuah portfolio lengkap sebagai penulis?
5. Kesan menulis di blogspot
Menulis dan belajar blog, bukan sekadar menulis sahaja. Bahkan, ia mempunyai kesan jangka pendek dan jangka panjang terhadap bahan penulisan anda di enjin carian seperti di Google, Microsoft Bing, dan Yahoo Search.
Kesan jangka pendek adalah bakal pelanggan menjumpai blogspot anda serta ditawarkan job penulisan untuk tawaran menulis bagi pihak mereka. Manakala, jangka panjang adalah bakal pelanggan dalam dan luar negara tawarkan sponsored post, link placement dan produk review di blog anda. Menarik tak?
Seperti nasihat saya sebelum ini dalam kelas basic SEO, hanya blog sahaja adalah tempat latihan menulis kalian. Serta salah satu cara pasarkan diri di Google melalui penulisan artikel yang berkualiti tepat dengan kehendak pembaca.
Begitu dengan diri saya sendiri, sering melatih menulis artikel di blog peribadi setiap hari. Akhirnya, dengan izin Allah peluang menulis datang kepada saya sesuai dengan latihan yang saya amalkan.
Pelanggan memberi saya peluang menulis bagi pihak mereka untuk perniagaan melalui di website milik mereka sebagai Content Writer.
Menulis dapat menghilangkan keresahan dan trend semasa dan selamanya
Menulis adalah satu terapi yang bagus bagi masalah stress dan depression. Ia seperti meluahkan sesuatu yang terbuku di hati dan lambakan cerita di minda.
Kini, saya perasan bahawa ramai pengguna di Facebook gemarkan menyiarkan penulisan berbentuk pengalaman peribadi, perkongsian petua, resipi, dan kenangan percutian melebihi 400 patah perkataan melalui platform berikut. Ya, tiada kesalahan langsung jika mahu menulis panjang begitu.
Selain itu, Penulisan kalian hanya boleh di temui oleh pengguna di Facebook sahaja. Dan bukanlah di Google. Tidakkah kalian merasa ianya satu kerugian? jika kalian berfikir panjang, saya pasti kalian faham apa yang cuba di sampaikan. Tidak mengapa, kalian boleh teruskan pembacaan.
Tetapi ketahuilah kalian, menulis di Facebook hanya akan tamat di situ sahaja. Selepas sebulan, 1 tahun, atau lebih mungkin mengalami kesukaran untuk mencari kembali penulisan kalian yang menarik itu. Takkan mahu scroll Facebook sampai lenguh jari-jemari semata-mata untuk mencari? buang masa betul.
Kesan seterusnya bukan itu sahaja, malah penulisan kalian yang berkualiti turut akan di curi oleh individu yang tidak bertanggungjawab serta memuat naik di website atau portal milik mereka sendiri. Tidak kah kalian merasa ianya satu kerugian?
Apa itu Blogspot
Blogspot adalah platform blogging yang popular yang dimiliki oleh Google. Ia membolehkan pengguna untuk membuat dan mengendalikan blog secara percuma. Blogspot menyediakan pelbagai ciri dan alat yang memudahkan pengguna untuk menghasilkan dan menguruskan blog mereka dengan mudah.
Salah satu kelebihan Blogspot adalah kemudahan penggunaannya. Ia direka dengan antara muka yang intuitif, membolehkan pengguna yang tidak mahir dalam teknologi untuk membuat blog mereka dengan cepat dan mudah.
Selain itu, Blogspot juga menyediakan pelbagai templat yang menarik dan mesra pengguna, yang membolehkan pengguna memperibadikan penampilan blog mereka.
Selain itu, Blogspot juga menawarkan pelbagai ciri yang berguna untuk meningkatkan pengalaman pengguna.
Antaranya termasuk kemampuan untuk menambah widget, mengedit kod HTML, dan mengatur tajuk dan meta tag untuk meningkatkan kebolehcapaian blog di enjin carian.
Blogspot juga mempunyai ciri komuniti yang membolehkan pengguna berinteraksi dengan pembaca melalui komen dan perkongsian sosial.
Secara keseluruhannya, Blogspot adalah platform blogging yang hebat untuk sesiapa yang ingin memulakan blog mereka sendiri.
Dengan ciri-ciri yang mudah digunakan dan pelbagai alat yang berguna, Blogspot membolehkan pengguna menghasilkan blog yang menarik dan berkualiti dengan mudah.
Bagaimana blogspot dapat menghilangkan stress
Umum tahu bahawa, menulis di Blogspot adalah mudah. Selain penulisan yang panjang, kalian juga mampu menghasilkan penulisan dengan minima 600 patah perkataan sehingga 3000 patah perkataan. Namun, saya cadangkan kalian untuk menulis artikel peribadi mengikut kemampuan masing-masing sebagai permulaan.
Apabila sudah biasakan, kalian boleh tingkatkan penulisan dengan lebih bilangan patah perkataan. Bukan penulisan sahaja di Blogspot, malah kalian boleh masukkan gambar dan video di paparan artikel tersebut. Jadi, penulisan kalian lebih menarik untuk di baca oleh pengguna di Google.
Apa silibus saya tawarkan dalam Kelas bina Blogspot dan belajar Blog
Bukan sekadar membina blogspot sahaja, malah silibus lain turut akan diajar mengenai Teknik berkesan pasarkan diri di Google sebagai penulis. Serta pengenalan kepada jenis-jenis artikel yang bersesuaian. Kelas kali ini khusus buat mereka yang mahu pasarkan diri di Google sebagai penulis.
Projek kelas online seterusnya adalah, belajar blog iaitu membina blogspot berikutan rentetan ada beberapa permintaan yang perlu di penuhi.
Kenapa perlu belajar blog dan pasarkan diri sebagai penulis dengan Azlina?
- Nor Azlina Bt Mohd Ali, sudah terlibat dalam industri penulisan di blogspot sejak 7 tahun lalu iaitu sebagai seorang Blogger. Manakala, sehingga kini memegang jawatan sebagai Content Writer website di sebuah syarikat pelanggan.
2. Banyak menguruskan artikel-artikel pelanggan dari serendah 600 patah perkataan, 1000 patah perkataan dan 2000 patah perkataan.
3. Biasa menguruskan artikel-artikel pelanggan di Blogspot dan Website. Search Engine Optimization ( SEO ) dan artikel tanpa kata kunci.
4. Menulis artikel-artikel pelanggan dalam pelbagai niche termasuk kecantikan, pelancongan, automotif, pendidikan, aircond rumah, Islamik, Hartanah, Teknologi dan kesihatan.
5. Pernah mengendalikan Kelas Basic SEO selama 6 jam secara online.
6. Sering mendapat job penulisan melalui Blogspot daripada pelanggan yang membuat carian di Google. Bukan itu sahaja, penulisan saya turut mendapat tawaran daripada pelanggan dalam dan luar negara bagi siaran Sponsored Post, Link Placement dan review di blog menerusi akaun blog personal Ehbelogaku .
Siapa perlukan kelas bina Blogspot dan pelajari ilmu pasarkan diri di Google?
- Penulis pemula.
- Individu yang mahu melepaskan rasa tertekan dan mahu jadikan penulisan sebagai terapi seharian.
- Individu yang mahu membina branding diri sebagai peniaga.
- Suri rumah yang sukakan berkongsi mengenai perihal diri sendiri, keluarga dan segala petua kehidupan.
- Individu yang gemar melancong, dan mahu berkongsi pengalaman mengembara dalam dan luar negara.
- Penulis yang teringin nak servis penulisan dijumpai oleh bakal pelanggan melalui carian di Google.
- Penulis yang sering tolak job menulis, setiap kali bakal pelanggan menawarnya dengan job menulis artikel di blog peribadi.
- Penulis yang serius mahu melebarkan kerjaya sebagai penulis upahan.
Saya penulis, tapi tidak tahu asas blog. Boleh sertai kelas ini?
Boleh sangat. Sebab Kelas bina blogspot dan cara pasarkan diri di Google sebagai penulis memang diajar dari kosong ilmu blogging.
Saya tak nak ambil upah menulis. Tapi nak menulis untuk kepuasan diri. Boleh tak?
Tiada masalah. Kerana dunia blogging ini luas. Selain untuk menjual dan pasarkan diri sebagai penulis. Blog juga boleh dijadikan sebagai diari online. Iaitu tempat meluahkan rasa, pengalaman hidup dan perkongsian hobi.
Berbaloi ke kelas Blogspot ni? bukan dah ada perkongsian dalam Google ke?
Benar. Yang membezakan adalah saya berkongsi pengalaman selama 7 tahun dalam industri blogging. Serta Case Study sebagai penulis upahan yang berjaya pasarkan diri melalui penulisan artikel di Blogspot. Hampir 90% job menulis saya datangnya dari Blogspot.
Jika saya nak gabungkan kelas SEO dengan Blogspot boleh tak?
Boleh. Tetapi, saya nasihatkan belajar blog Blogspot terlebih dahulu. Kemudian, sambung dengan kelas Basic SEO. Ada tawaran menarik, jika ambil 2 kelas ini. Whatsapp ke nombor 0189107161.
Betul ke boleh terus close deal dengan prospek untuk Ghostwriting job?
Betul. Semakin banyak artikel dihasilkan di Blogspot, semakin jelas kredibilit penulis.
Siapa yang tidak perlukan Kelas bina Blogspot dan Formula pasarkan diri di Google sebagai penulis?
Individu yang tidak gemar menulis.
Individu yang tidak suka berusaha.
Individu yang mahu result cepat.
Individu yang takut, untuk mencuba peluang baru sebagai penulis.
Mahu belajar bina blog dan mahu pasarkan diri sebagai penulis di Google?
Jangan risau, saya Nor Azlina Mohd Ali akan ajar anda di dalam kelas teknikal selama 2 hari.
Nantikan Kelas yang akan berlangsung di Google Meet. Online selama 4 jam dalam masa 2 hari. Teori dan teknikal di blogspot.
Kelas RM 270 bagi setiap peserta, tetapi saya akan berikan hanya RM 180.00 sahaja untuk 50 pelajar terawal. Selepas habis kuota 50 pelajar, harga akan kembali kepada harga asal.
Setiap peserta akan menerima silibus modul dan 1x PERCUMA template pengiraan target bulanan sales.
Hubungi saya menerusi whatsapp 0189107161: atau klik pautan > Nak belajar Blog dan Formula Pasarkan diri di Google sebagai penulis