Penulis upahan merupakan penulis yang menulis bagi pihak orang lain dan merupakan suatu kerjaya yang sangat menarik dan sesuai diceburi oleh semua peringkat usia, lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai minat yang mendalam dalam bidang penulisan ini.
Apa yang menarik tentang kerjaya sebagai seorang penulis upahan, selain daripada memperolehi pendapatan yang lumayan sudah pastinya anda juga berpeluang untuk melibatkan diri dalam pelbagai projek dari syarikat-syarikat yang berlainan.
Mempunyai masa yang fleksibel juga salah satu keistimewaan yang menjadi kunci utama kenapa kerjaya sebagai seorang penulis bebas ini menjadi satu pilihan.
Ramai yang mempunyai minat dan juga bakat dalam bidang penulisan ini tetapi masih lagi ragu-ragu untuk bermula. Malah, mereka tidak yakin untuk bergerak sebagai seorang penulis bebas atas faktor seperti tidak mempunyai ilmu dan tidak tahu apa langkah pertama untuk menjadi seorang penulis bebas yang berjaya.
Jadi, hari ini kita kongsikan 5 tips Proven yang boleh membantu anda untuk menjadi seorang penulis upahan.
Untuk menjadi seorang penulis upahan anda perlu bijak untuk mempromosikan diri sebagai seorang penulis. Oleh itu, jika anda berminat boleh baca artikel mengenai branding diri .
Table of Contents
INI 5 TIPS MENJADI SEORANG PENULIS UPAHAN BAGI PEMULA!
Tentukan jenis penulisan yang anda minat
Untuk menjadi seorang penulis bebas yang berjaya, anda perlu tahu apa jenis penulisan dan niche yang anda ingin kuasai dan ingin tawarkan kepada pasaran. Pentingnya untuk membuat pilihan ini supaya ia boleh memudahkan perjalanan anda untuk menyiapkan penulisan tanpa perlu mengambil masa yang sangat lama untuk membuat kajian atau research bagi sesetengah topik yang diluar bidang anda.
Disini, saya senaraikan jenis penulisan yang mungkin boleh menjadi pilihan anda nanti.
Hasilkan blog dan website
Salah satu pendekatan untuk menempatkan diri di pasaran penulisan, mewujudkan blog dan website adalah satu keperluan. Dimana blog atau website ini merupakan salah satu medium yang boleh memaparkan hasil penulisan anda untuk dilihat oleh bakal pelanggan anda. Anda boleh membina blog anda secara percuma di WordPress atau mana-mana medium percuma untuk menghasilkan blog.
Hasilkan contoh penulisan
Untuk menarik minat dan kepercayaan pelanggan anda, anda perlu menghasilkan contoh penulisan sebagai ‘Portfolio’ anda untuk menarik perhatian mereka. Portfolio ini boleh diibaratkan resume anda yang mengandungi hasil kerja dan maklumat berkaitan anda. Hasilkan contoh kerja yang menarik dan terbaik supaya bakal pelanggan anda tidak perlu berfikir panjang untuk mendapatkan servis anda.
Lawati portal kerja
Selain dari menyediakan website atau blog, salah satu cara untuk anda dapatkan projek penulisan ialah melalu platform pekerjaan seperti Fiver, Upwork dan banyak lagi. Disana, terdapat ribuan peluang untuk anda dapatkan. Ini salah satu cara terbaik untuk anda yang baru berjinak-jinak dalam bidang penulisan
Dapatkan testimoni pelanggan
Jangan lupa untuk kumpulkan kesemua testimoni pelanggan anda untuk setiap hasil kerja penulisan yang telah anda siapkan. Ini penting untuk meningkatkan reputasi anda sebagai seorang penulis bebas dan ianya juga merupakan salah satu pendekatan untuk menarik minat bakal pelanggan anda.
JENIS-JENIS SERVIS PENULISAN PENULIS UPAHAN
Copywriting (Penulisan Iklan)
Teknik penulisan yang kreatif dan penyampaian dalam setiap ayat memberikan impak yang besar bagi mempengaruhi mood sesiapa yang membaca.
Apa itu copywriting dan Contohnya
Penulisan iklan atau Copywriting biasanya menarik minat pembaca untuk membeli dan merupakan ‘Key Element’ dalam pemasaran media sosial.
Tujuan copywriting
Seorang Copywriter yang bijak, mampu mempengaruhi para pembaca dengan frasa ayat yang menarik dan seterusnya mampu menghasilkan keuntungan yang berlipat kali ganda dengan hanya satu penulisan iklan sahaja.
Penulisan Artikel
Penulisan artikel berbeza sekali dengan penulisan iklan, dimana bahasa dan intonasi yang ditulis dalam penulisan ini lebih formal jika ingin dibandingkan dengan penulisan iklan. Penceritaan dalam penulisan ini juga lebih menekankan penceritaan fakta. Contohnya, anda mungkin boleh menulis artikel berkaitan ‘tips atau teknik’ dan mungkin juga sesuatu penceritaan yang lebih spesifik berkenaan sesuatu produk.
Anda juga boleh menulis artikel di blog anda. Disini saya senaraikan beberapa niche yang mungkin boleh membantu anda untuk mendapatkan idea untuk menulis artikel.
Senarai niche artikel yang anda boleh pilih untuk blog anda nanti.
- Pelancongan
- Pendidikan
- Fesyen
- Kewangan
- Teknologi
- Hiburan
- Hobi
- Haiwan Peliharaan
- Masakan dan Makanan
- Dan sebagainya
Penulisan Teknikal
Penulisan Teknikal sangat sesuai untuk anda yang mempunyai kepakaran untuk sesuatu bidang yang anda ceburi seperti kejuruteraan, perubatan, teknologi maklumat dan sebagainya. Jika dibandingkan dengan kedua-dua penulisan yang lain, penulisan teknikal lebih memperincikan kepada topik-topik yang berkait rapat dengan bidang-bidang tertentu. Malah, jumlah bayaran untuk penulisan ini lebih tinggi bersesuaian dengan hasil penulisan yang dihasilkan.
Kesimpulan
Justeru itu, servis penulisan upahan adalah berkualiti dari segi pengalaman dan ilmu yang penulis miliki. Oleh itu, bakal pelanggan tidak perlu meragui skill yang dimiliki oleh setiap penulis upahan.
Sekiranya berminat untuk mendapatkan servis saya sebagai penulis upahan, boleh terus email saya di nadira.vni96@gmail.com.
Check out all of our Bincang sekarang .